Wednesday, July 25, 2012

Puasa Bagi Ibu Yang Menyusukan & Ibu Hamil

Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan dan berpuasa seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu agar mengambil air yang cukup pada masa berbuka sehingga waktu sahur untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berbuka. Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan dan mminuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:
# Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi
# Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam
# Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat
# Terasa loya dan ingin muntah
# Rasa menggigil
# Berasa lemah dan sakit otot

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:
Banyakkan pengambilan cecair
# Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air
# Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel
# Mengambil vitamin C
# Berehat secukupnya
# Mengambil minuman isotonic seperti Performance Drink (Shaklee) untuk mengekalkan bendalir dalam badan

Tips bagi ibu menyusu semasa berpuasa:
1) Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. Yakin Allah yang beri susu
2) Berdoa:”Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusukan anakku”.
3) Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”.
4) angan skip sahur
5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair
6) Banyakkan makan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
7) Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman bergas
8) Makan makanan berkabohidrat dan kaya dengan serat.
9) Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusu bayi
10) Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul
11) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
12) Pam susu sebelum sahur.
13) Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan untuk berpuasa.
14) Amik milk booster jika perlu (Shaklee Set Breastfeeding).
15) Elakkan terlalu penat
16) Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.
17) Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak:

Daripada Anas bin Malik: Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “sesungguhna Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi anita hamil dan menyusu (ia meringankan) puasa”.
#Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja
#Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk Qadha’ puasanya dan membayar fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.



Allah s.w.t telahpun beri kelonggaran utk kita yg bergelar ibu ni...jd jgn bimbang berpuasa bg ibu yg menyusukan dan ibu yg hamil rs terbeban...

Mudahan sy dpt teruskan berpuasa bg thn ni dgn bertenaga...amin

credit buat : breastfeedingzone 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...