Monday, January 7, 2013

Bila Adeeb Batuk, Selsema...Apa nak buat??

Bila Adeeb batuk,selsema,demam.....

hah berkait semua ni.....ikutkan Adeeb jarang sakit lama gini....tak pernah batuk yang berlarutan dan sampai muntah...sebelum ni pun batuk memain je dia selalu buat...dah tu senyum....kali ni memang batuk betul.....sampai rasa perit beno dengar kan....selsema dah lah.....makan ubat batuk, ubat selsema dari Klinik macam tak ade kesan pun....saya macam nekad nak bagi Adeeb madu asli je...sebabnya saya dulu batuk pun makan ubat batuk tak jalan....makan madu sehari dua Alhamdulillah pulih....

Doktor tidak membenarkan pemberian madu kepada bayi di bawah 1 tahun kerana dikhuatiri terkena botulisma. tetapi saya akan berikannya hanya lah untuk menjadi penawar ketika batuk shj....bukanlah harian



Sumber dari : http://ummitiqah.blogspot.com

memanglah Ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si comel...namun demam, batuk, selsema adalah penyakit yang biasa perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah kita dewasa....

hakikatnya bila kita sakit, antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita akan meningkat dan kita dikatakan demam....walau begitu, demam ini tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tingga hingga diluar kawalan...

Ini adalah petua atau amalan yang perlu kita tahu semasa anak kita demam :

  • bila demam, pastikan anak kita dimandikan 3 kali supaya panasnya keluar
  • bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk, maka tak perlu mandikan..apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas..
  • bila batuk, tetap juga mandikan 3 kali supaya panasnya keluar...dan bila tidur malam, sapukan minyak telon @ minyak burung unta dibelakang badan dalam jam antara 1-3 pagi...Insya Allah kahaknya cair dan beransur baik....jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaiton sebelum diurut pada badan bayi
  • waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8pagi, selepas zohor, dan sebelum 7malam...jika terpaksa mandikan selepas 7malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya tidak mudah diserang selsema.
  • biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada, belakang dada, betis dan tapak kaki. ini membantu melancarkan peredaran darah juga secara tak langsung
Kalau orang dulu, demam, batuk, selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan kelamaan dan boleh menyumbangkan kepada keadaan lebih teruk..zaman dah berubah, Doktor turut pesan, jika anak demam, pasangkan air-cond jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tak berkuap.

Bagi Ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit cepat.




tengok ni



muka kene urut dengan tok mak

dahhhh!! dahhh!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...