Wednesday, August 1, 2012

Drama 7 Ramadan

Skrg ni tgh syok layan episod cite 7 Ramadan yg disiarkan setiap Selasa - Rabu 10.30mlm & Khamis 9.30mlm...sy layan kt tonton jek...sbb nye mlm sgt nk tgk smpi kne tunggu 10.30mlm...time ni Adeeb dh ajak tido dah hehee....

Sangat2 sedih bila cite ni mngisahkan si ibu & anak kesayangannya....bile dah bergelar ibu ni mmg sangat2 mudah tersentuh bila tgk drama mcm ni....btl2 mencengkam dlm hati bila si anak buat ibu nya mcm tu...tp cite ni x abis lg....xtau ape kesudahan jln cite ni....jd kite layan dl ok.....


Mengisahkan Sufiah(lakonan Elly Suriati) yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang, membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang ama dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...