Friday, September 21, 2012

Ikan Bandang Susu Stim

Sedapppnya bila dengar tajuk diatas ni kan....

Ok semalam datang mood nak masak special sikit....sikit je pun special nya tu....IKAN BANDANG SUSU STIM..... Tq Ummi Ilham bagi kami ikan fresh hasil pancingan Babah Ilham Isnin lepas....

Dalam kepala dok pikir apa menu yang sesuai untuk ikan ni....pikir-pikir bahan-bahan memang dah siap ada dekat umah ni bahan-bahan masak stim semua dah cukup...jadi try lah...

Ok jom kita tengok bahan-bahannya :
  1. seekor ikan bandang susu - dibelah kepada 5 ketul
  2. sebiji asam jeruk
  3. 2 tangkai sawi jeruk - hiris mayang
  4. sebiji tomato - dihiris
  5. 5 keping kacang pis
  6. halia - hiris mayang
  7. 3 ulas bawang putih - dititik
  8. sebiji bawang - di blender 
  9. 5 batang cili padi - dititik
  10. garam & serbuk serbaguna Pasti Sedap Know
  11. lada sulah
  12. air

 ini dia rupa asam jeruk yang saya guna...sebiji je dah masam

ikan bandang susu


Cara-cara :
  1. bubuh ikan tadi susun didalam loyang.....masukkan semua bahan-bahan diatas diatas ikan.....kemudian masukkan garam, serbuk serbaguna Pasti Sedap Know dan lada sulah....
  2. tuangkan sedikit air sebagai kuah
  3. panaskan pengukus dahulu
  4. masukkan loyang yang telah siap dengan bahan-bahan tadi dan kukus selama 15-20minit....dengan api sederhana




ini lah hasil menu saya 
yummmyyyyy ;) 
.
.
.
.
.
dan ini brokoli goreng ;)

Alhamdulillah kenyang makan berdua...siap ada lebih saya bawak bekal ke office ;)

Tq lagi sekali untuk Ummi Ilham.... ;)

Selamat mencuba kawan-kawan ;)

*masa sedang syok menitik cili padi tu, boleh pulak dia tepercik dekat mulut Ummi...pijoooooooo ooooooo.....hehe.....betuah betul cili padi tu kan.... ;p

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...