Friday, September 14, 2012

Haid Selepas Melahirkan

Bilakah dia mula datang yek???? Ok ni kisah saya.....

Selepas melahirkan Adeeb Irfan pada 1 Mar 2012, dan telah kering darah nifas ( selepas melahirkan ) saya masih belum didatangi haid sehinggalah tanggal 14 September 2012 barulah saya dikunjungi haid untuk sekian lamanya tempoh tu....Ok saya sudah period kembali....kata pendapat kawan-kawan ini normal sebab ibu yang menyusukan anak memang akan didatangi haid lambat, ada yang bertahun, ada yang cepat dan normal seperti dulu-dulu...semua orang lain-lain hormonnya....jadi saya ini kira tiada haid selama 6bulan setengah lah....kira cepat jugak lah dia muncul kan...ada yang kata mula-mula haid tu kembali dia sikit....ada yang kata tak teratur seperti masa zaman anak dara lagi....tapi saya ni tak tahu lah nak kata macam mana.....harap ia normal seperti biasalah....senang nak kira....

1st time dia datang.....sampai lupa yang saya ni dalam keadaan tak suci dan boleh nak pergi toilet ambil wuduk....tahap lupa saya tu dah kunjung tiba.....hamboi kemain lagi kan..... :):)

Bila dah muncul haid ni, kebanyakan ibu-ibu akan kata susu badan pun akan terjejas dan akan berkurang sedikit tak seperti biasa....tetapi lepas tu ia akan normal semula....ini juga terjadi pada saya...jadi kini haruslah gigih untuk rajin pam....dan buat tandem dengan Adeeb....supaya lagi laju susu tu keluar....tapi susu masih ada...Alhamdulillah....saya berdoa supaya saya berjaya untuk menyusukan Adeeb sehingga 2tahun....amin.....pasang niat dalam-dalam.....


* jadi mulai sekarang kenelah note kat kalendar tarikh-tarikh itu :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...