Friday, September 14, 2012

Pelupa Selepas Bersalin


Apa sebabnya???

Hadoi.....kenapa eh kita ni kaum hawa selepas melahirkan mesti menjadi-jadi pelupanya kan.....cuba angkat tangan siapa yang setuju kenyataan saya ni???? hihi.....

Sejak melahirkan si comel ni...makin menjadi pelupa saya....kadang baru je simpan sesuatu barang tu....nanti mulalah menjenuh untuk ingat balik mana diletaknya....aduhai....lagi-lagi nombor-nombor telephone kawan-kawan....kalau dulu bukan main terror ingat dalam kepala je....tapi sekarang ni ingat yang selalu contact jek....sampaikan resepi cup cake saya yang dulu hari-hari buat ingat jek tak payah tengok resepi bagai....ni dah lupa dah sukatan-sukatannya tu... camner tu???

Ke sebab kita ni sudah ada tambahan  tugas baru dalam diri kita yek??? macam uruskan rumahtangga, suami, anak, kerja di pejabat dan hal-hal harian lain kan...dekat sini saya ada mintak pendapat kawan-kawan 'fb' bab pelupa selepas melahirkan...dan dia ada share petua untuk pelupa ni ;

Petua ulama untuk mengubati pelupa @ mengelakkan jadi pelupa ( sumber dari Harian Metro 1 November 2006 )
  1. kismis hitam 21biji setiap pagi. kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap
  2. madu sesudu dalam air panas segelas. minum bila suam setiap pagi
  3. tidur awal, bangun awal
  4. tidak bersetubuh melebihi 2kali seminggu
  5. kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
  6. banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
  7. tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut/perut. buat 10 kali setiap pagi
  8. buat stretching bila bangun dari tidur
  9. masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
  10. elakkan lihat kemaluan dan najis
  11. baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
  12. bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy ) ok saya dah mula rajin letak wangian yang diletakkan bersama air dan dibakar
  13. pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah )
  14. mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
  15. belajar bersabar dengan bersolat dan berdoa bila ada masalah
  16. sayang ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak
  17. tidak bercampur bukan muhrim kecuali ada keperluan
Ok inilah antaranya petua yang tertulis. harap dapatlah sama-sama kita amalkan...selebihnya kita berdoalah biar kurangkan lah sifat pelupa ni...


* benarnya saya ni tadi sampai nak ambil wuduk sedangkan saya tengah period...boleh gitu sekali tahap lupa saya....ya Allah....bab period selepas melahirkan nanti saya cerita ye ;p

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...