Saturday, October 6, 2012

Semangat nak bayar PTPTN gegegeee




Beno nya masa cuti tu hari, saya dok mengupdate statement KWSP....tergerak untuk settlekan bayaran tunggakan PTPTN ni...macam dah lama je sunyi tak dibayorr uhuk2..dari KWSP ni kita boleh selesaikan hutang rumah, pinjaman dll....

Sampai di mesin kios KWSP macam biasalah...masuk My Kad untuk print statement terbaru....dah tu terus ambil no giliran untuk ambil borang permohonan penjelasan tunggakan PTPTN melalui pengeluaran KWSP Akaun II...dokumen yang diperlukan seperti yang dijelaskan oleh pegawai bertugas seperti dibawah ni ha ;)


1) Surat Perjanjian PTPTN ( asal & salinan )
2) Statement PTPTN terbaru 
3) My Kad ( asal )
4) Diploma / Ijazah ( asal & salinan )



Rasanya lama dah simpan surat perjanjian tu...harap-harap masih ada....tetapi untuk kemudahan kita yang dah lupa no pin, no surat tawaran dan sebagainya, bolehlah semak melalui SMS dan akan dikenakan cas RM0.50 sahaja.

Sila lihat contoh dibawah ;)




Kemudahan kepada peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dan pendeposit untuk mengetahui baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara cepat dan tepat dengan menggunakan telefon mudah alih. Cuma taipkan:


Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPNNO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986
dan hantar ke 33199
Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPINNOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636

dan hantar ke 33199

Untuk semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN:
PTPTN UJRAH

Contoh: PTPTN UJRAH 720222025402 25344

dan hantar ke 33199



Untuk semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)  di PTPTN:

PTPTN WPP

Contoh: PTPTN WPP 800917085428

dan hantar ke 33199



Bila semangat ni sedang membuak, cepat-cepatlah buat surat untuk mintak statement dari PTPTN ni....ok tu pun dah settle....dan dah pun saya fax...malam pulak dengan bersunggunnya balik rumah mak nak cari salinan surat perjanjian...ok masih ada.... ;) 

Rasanya dokumen-dokumen yang diperlukan macam dah cukup dan lengkap...cuma tunggu surat dari PTPTN je...pada kawan-kawan diluar sana tu, meh la kita membayar PTPTN ni bersama-sama untuk kebaikan kita dan anak-anak kita juga nanti ;0

* ceh ayat saja nk sedapkan hati....sebelum nama di senarai hitam kan mari lah kita membayo nya :)
* bila dengar iklan PTPTN mcm trauma :p

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...